Untuk
memastikan janin berkembang menurut potensi sepenuhnya, khasiat pemakanan
merupakan suatu aspek yang amat penting sewaktu hamil. Senarai berikut adalah
panduan untuk anda:
Keperluan
|
Mengapa ia diperlukan
|
Sumber-sumber
|
Karbohidrat
|
Karbohidrat kompleks
merupakan sumber penting untuk serat dan tenaga dan membantu mengelakkan
sembelit
|
Nasi, bijirin, roti
bijirin, pasta, kentang
|
Lemak
|
Asid-asid lemak poli-tak
tepu rantaian panjang (LCPUFA) spt DHA dan ARA menyumbang kepada pembentukan
otak dan mata pada janin
|
Ikan-ikan
berminyak(mackerel, salmon, tuna), biji rami, kacang soya, walnut
|
Protin
|
Asid-asid amino yang
membentuk protin adalah amat penting dala tumbesaran bayi
|
Daging, kekacang, hasil
tenusu
|
Bahan galian
|
Kalsium amat diperlukan
untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat
Zat besi membantu dalam
penghasilan hemoglobin yang membawa oksigen untuk perkembangan bayi yang
optimum
Magnesium mengurangkan
punca berlakunya sawan, kelahiran pra-matang dan pendarahan vagina
Zink diperlukan untuk
perkembangan janin yang normal. Ianya juga membantu dari segi pembangunan
tingkah laku neuro dan ketahanan melawan penyakit si bayi
|
Hasil tenusu
Daging tanpa lemak,
sayur-sayuran hijau tua, roti bijirin
Sayur-sayuran hijau, hasil
tenusu, kekacang
Daging, telur, ikan,
kekacang
|
Vitamin
|
Vitamin B6 diperlukan
untuk metabolisme protin
Asid folik membantu
mengurangkan risiko kerosakan tiub saraf
Vitamin C penting dalam
pembentukan tulang dan gigi
Vitamin D diperlukan supaya
tulang, tisu dan gigi bayi berkembang dengan sempurna
|
Daging, sayur-sayuran,
telur, kekacang, bijirin
Buah-buahan,
sayur-sayuran, daging
Buah-buahan, sayur-sayuran
hijau
Susu, telur, cahaya
matahari (membantu kulit menghasilkan vitamin)
|
Air
|
Memastikan tubuh sentiasa
mengekalkan kandungan air yang sesuai untuk memproses nutrient daripada
makanan dan dalam pembentukan tisu-tisu baru. Kita perlu minum 6-8 gelas air
sehari
|
Air, jus buah-buahan, susu
|
Serat
|
Serat diperlukan untuk
mengelak daripada sembelit dan buasir
|
Bijirin, kekacang,
biji-bijian, sayur-sayuran, buah-buahan segar
|
Sebagai
ibu bapa, pastinya kita sama-sama mahu hanya yang terbaik untuk anak kita.
Kehidupan bayi sebenarnya bermula sewaktu ia berada dalam kandungan ibu lagi.
Sewaktu hamil, janin mengalami perkembangan system otak dan saraf yang pesat,
suatu peringkat yang amat sensitive atau mudah terganggu dan memerlukan
penjagaan dan perhatian yang khusus bagi menjamin perkembangan yang baik.
Selepas kelahiran juga, kita masih perlu dan sepatutnya memainkan peranan
penting untuk terus menjamin dan meningkatkan tahap kesihatan dan perkembangan
bayi yang anda lahirkan.
Bersama-samalah
kita menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kita. Beri lah mereka khasiat yang secukupnya daripada mereka masih dalam kandungan hinggalah mereka meningkat dewasa.
"Mummy sayang anak-anak mummy - Farisya Ain & Marissa Alya"
No comments:
Post a Comment