Bagaimana nak Order?

1. Buat pesanan sama ada melalui SMS/WA/Pm ke FB Petherine Jimbau.

2. Buat pembayaran melalui Maybank2u. Pesanan anda akan dipos oleh pihak Shaklee dengan kos pengeposan Flat Rate RM20.

3. Cash On Delivery secara PERCUMA (tanpa caj penghantaran) bagi sekitar Kingfisher, Inanam, Menggatal, Indah Permai dan UMS. Selain kawasan ini, caj penghantaran akan dikenakan mengikut kawasan.

Tuesday 21 May 2013

Aku dan Shaklee

Alkisahnya, kehidupan ku dengan Shaklee bermula pada bulan Mac 2013...

Keutamaannya memang untuk buah hatiku yang dua orang tu..Farisya Ain (4+) dan Marissa Alya (2+). Sebagai ibu, memanglah kan kita sentiasa diulit kerisauan tatkala buah hati tersayang sentiasa sakit..demam, batuk, selesema sudah menjadi kehidupan mereka..actually dari last year lagi sampai c adik (Marissa) pernah admit kat Hospital Likas dek kena jangkitan pada paru2 gara2 batuk yang berterusan.. tahun ni dari bulan Januari sampai Mac paling teruk. sekejap je baik then habis ubat, batuk pun datang balik.. memang lemah betul antibodi.

Then, aku hubungi Ummu Ainan bertanya pasal produk Shaklee..dan akhirnya aku ambil Meal Shakes dan Omega Guard. Syukur alhamdullilah, baru satu tin, tapi ada nampak kesan sedikit.. demam tak de dah, batuk selesema ada sikit tapi tak seteruk dulu.. kemudian, bila nampak kesan baik, teringin jugak kan ambik supplemen untuk diri sendiri :) Mula2 aku ambik Vita-Lea dan Ostematrik iaitu multivitamin dan kalsium serta ESP (energy soy protein) untuk memberi tenaga segera.

tiba2 terfikir, sebab memang puas hati dan memang akan continuous beli..apa kata jadi member dan boleh jana pendapatan sendiri.. Maka pada 18 April 2013 aku pun jadi member Shaklee..

Sebenarnya memang susah buat part time kerja ni coz masa terhad.. keutamaan mestilah pada kerja hakiki..tapi tak pa, saya promote kat FB time luar waktu bekerja dan cari info dan update blog pada waktu malam... memang begitulah kan nak hidup.. kena rajin berusaha

Akhirnya pada 14 Mei 2013 saya dapat cash bonus dari Shaklee buat kali pertama..YESSSSS RM150.80.. boleh la, siapa nak bagi kan, sedangkan duduk je mengadap komputer dan nasib baik hubby belikan Blackberry..senang hidup, anytime boleh check internet..

Berbalik kepada produk shaklee..  setelah consume Vitalea dan Ostematrix, terniat la pulak nak kurus..almaklumlah kalau berat 67kg kira obes dah tu..jadi tanpa berfikir panjang, Awal bulan 5..ku sambar pulak Lecitin + Alfalfa. Memang perfect.. Alfalfa memang terbaik, dan gabungannya dengan Lecitin menjadikannya pasangan duet yg paling ideal. Pagi tadi (hari ni 22 Mei 2013) kira2 2 minggu consume gabungan semua ESP + Alfalfa + Lecitin, aku bertimbang dan beratku sekarang 64kg.. boleh tahan. Ini yang membuatkan aku lebih bersemangat dalam mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya kepada 55kg (9 kg lagi perlu diturunkan). Boleh ke? Kita tunggu dan lihatlah beberapa bulan lagi..

Mummy Farisya & Marissa 0135457284

No comments:

Post a Comment