Bagaimana nak Order?

1. Buat pesanan sama ada melalui SMS/WA/Pm ke FB Petherine Jimbau.

2. Buat pembayaran melalui Maybank2u. Pesanan anda akan dipos oleh pihak Shaklee dengan kos pengeposan Flat Rate RM20.

3. Cash On Delivery secara PERCUMA (tanpa caj penghantaran) bagi sekitar Kingfisher, Inanam, Menggatal, Indah Permai dan UMS. Selain kawasan ini, caj penghantaran akan dikenakan mengikut kawasan.

Tuesday 16 July 2013

Masalah rambut gugur? Mari kita atasinya..

Rambut adalah mahkota wanita..
Rambut sihat, penampilan pun bergaya..
 
Ala-ala Jennifer Aniston, cantik rambutnya, pakai baju apa2 pun cantik kan :)
 
 

Saya tahu ramai yang susah hati tatkala saban hari semakin banyak rambut berguguran..terutamanya selepas mandi dan selepas bersikat. Sebenarnya, anda semua jangan susah hati ya..sekiranya folikel rambut adalah sihat dan aktif, rambut akan tumbuh semula seperti dalam kitar rambut yang normal. Fasa pertumbuhan dan fasa rehat rambut adalah antara kira-kira 3 hingga 5 tahun.

Nutrien?

Rambut memerlukan nutrien dalam aliran darah untuk pertumbuhan baru. Jika folikel rambut menjadi kurang aktif atau mati, ia tidak akan mempunyai kebolehan untuk menghasilkan sel rambut baru. Ini akan menghentikan pertumbuhan rambut baru.


Secara puratanya, orang Asia mempunyai kira-kira 100,000 helai rambut. Keguguran 50 hingga 100 helai rambut sehari dianggap normal. Jika anda mendapati rambut gugur semasa membasuh atau menyikat rambut, jangan bimbang. Apabila anda mendapati keguguran rambut anda adalah lebih daripada 100 helai sehari, kulit kepala anda berminyak, kulit kepala anda sangat gatal, terdapat emping-emping putih pada bahu dan anda kehilangan banyak rambut pada bahagian tertentu pada kulit kepala, anda perlu bertindak!


Adakah keguguran rambut anda normal? Tepuk dada, tanya selera ...


Punca-punca keguguran rambut

Lelaki

Hormon

Ini adalah disebabkan oleh hormon lelaki yang banyak semasa akil baligh iaitu DHT (dihydrotestosterone) yang mana ia mengecutkan dan membunuh folikel rambut.

Selain itu, sebaik sahaja kulit kepala anda dijangkiti Malassezia Furfur, iaitu sejenis virus bakteria yang tumbuh di dalam sebum, perembesan sebum akan terjejas dan batang rambut akan rosak. Ini akan menyebabkan rambut kehilangan nutrien dan lama-kelamaan menjadi nipis serta mudah bercabang. Keguguran rambut yang banyak juga akan berlaku. Kelemumur akan menjadi jelas dan kepala anda akan gatal, terutamanya pada bahagian ubun-ubun dan pelipis. Bahagian-bahagian itu akan mempunyai lebih banyak rembesan hormon lelaki dan akan mengalami keguguran yang jelas.


Wanita

Hormon

Ketidakseimbangan hormone boleh menyebabkan keguguran rambut. 90% wanita yang putus haid mengalami keguguran rambut,


Selepas bersalin

Kebanyakkan para ibu akan berhadapan dengan masalah keguguran rambut yang ketara selepas bersalin. Tahukah anda? Rambut yang gugur selepas bersalin adalah rambut yang kebiasaannya akan gugur sewaktu Sembilan bulan kehamilan tetapi tidak gugur dan kini akan gugur dari bulan ke-2 hingga ke-6 selepas bayi dilahirkan.

sesungguhnya ia pengalaman yang menakutkan...walaupun rambut baru tidak dihasilkan, folikel-folikel masih hidup. secara tidak langsung ia memberi harapan bahawa rambut masih boleh tumbuh..

Tapi jangan ambil remeh ya perkara ini, kerana sekiranya tidak dirawat dan dirangsang pertumbuhannya, ia boleh menjadi kehilangan rambut kekal. Keguguran rambut juga ketara pada wanita-wanita yang menyusukan bayi mereka.

Selain itu, punca-punca lain keguguran rambut dikalangan wanita ialah seperti kekurangan protein dan asid amino dalam diet pemakanan, kurang rehat dan stress, intestinal parasite dan juga kerosakkan akibat proses kimia yang digunakan dalam mewarna, teknik rebonding serta kerinting


Macam mana nak atasi keguguran rambut?

Jawapan nya mudah..

penjagaan rambut (penggunaan syampoo yang sesuai) dan juga bagi nutrient yang cukup kepada rambut kita.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, rambut memerlukan nutrient untuk tumbuh dengan lebih kuat malah rambut yang sihat akan kelihatan bersinar-sinar. (alaa seperti dalam iklan syampoo tu.. tapi model syampoo tu rambut dorang kena set terlebih dahulu sebab tulah cantik jeee)

Apa pulak nutrient untuk rambut ya?

1) Zink

Yang paling utama ialah ZINC. Menurut Bill Gottlieb, 2000 "zinc cut the activity of 5-alpha-reductase and helps stop DHT from getting to the hair follicle. The less DHT that reaches the follicles, the more hair you'll have"

Zink bukan sahaja menguatkan folikel rambut malah ia boleh mengawal kelemumur dan sekaligus menyuburkan rambut

2)B-complex

Ia mengandungi biotin yang diperlukan untuk merawat rambut gugur

3) Vitamin C

Fungsinya menghasilkan kolagen, struktur penting rambut.


Adakah syampoo yang anda gunakan sekarang sesuai?

Perkenalkan Prosante Hair Care, where science and nature -work together- to stop thinning hair.

Produk Prosante hanya menggunakan ramuan yang canggih berteknologi tinggi membantu struktur semulajadi rambut, keseimbangan minyak/kelembapan, ketebalan yang sihat, lantunan dan bersinar.

Apa yang penting adalah apa yang tiada dalam Prosante..

TIADA Natrium Lauryl Sulfat (SLS) atau Natrium Laureth Sulfat (SLES)
TIADA Cocamide DEA atau Lauramide DEA
TIADA minyak yang menyebabkan tersumbat
TIADA propilen glikol
TIADA Quaternium 15
TIADA bahan pengawet "penderma Formaldehyde" (Seperti Imidazolidinyl urea atau Diazolidinyl Urea)
TIADA warna atau bahan pewarna

Prosante selamat untuk semua jenis rambut, walaupun diwarna atau dirawat kimia.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya

Mummy Farisya & Marissa
SID951353


No comments:

Post a Comment