Apa kata kita cuba atasi masalah ini.
Pertama sekali : cuba rasa lemak di perut anda? Lembik ke pejal? Kalau lembik boleh jadi bukan lemak tapi gemuk air. "water retention". Untuk itu anda perlu bantuan protein untuk hilangkan lembik2 itu dan juga sedikit senaman dibahagian perut.. Tahu juga kan apa senaman yang sesuai?
Kemudian, cuba amalkan perkara berikut:
1) minum air masak yang banyak
Apabila tubuh kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti
sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuntiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Minum air yang banyak juga akan menjamin fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.
2) makan perlahan-lahan
Makan dengan cepat akan mengakibatkan udara akan terkepung didalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
3) kurangkan pengambilan garam dalam makanan
Pengambilan garam yang banyak akan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari badan.
4) makan makanan yang penuh serat seperti sayur-sayuran dan buah
5) kesan pengambilan ubat
Terdapat kajian bahawa, pengambilan ubat-ubat tertentu boleh menjadikan perut buncit. Sebagai contoh, aspirin. Ini kerana pengambilan aspirin yang kerap akan menyebabkan sembelit.
6) hindari sembelit
Sembelit akan mengakibatkan perut mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit
7) bersenam dan bersukan
Bersenam dan bersukan dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan. Ia bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh.
Amalkan makan dengan kerap tetapi sedikit sangat membantu menaikkan kadar metabolisme. Pastikan anda penuhi 5 waktu makan utama:
sarapan pagi : kalau boleh elakkan nasi lemak & roti canai
minum pagi (jam 10) :
makan tengah hari : banyakkan lauk dan sayur
minum petang (jam 4 - 5) : elakkan kuih bergoreng
makan malam : kurangkan karbohidrat. Dicadangkan minum sup.
*paling penting kawal pengambilan kalori makanan
Perlukan suplemen untuk mengatasi perut buncit dan sekaligus boleh mengurangkan berat badan?
1) Alfalfa atau herblax : untuk detoks. Detox perlu untuk membersihkan usus kita dari lemak, toksin dan lendir
2) Lecitin : pemecah/pencair lemak
3) Cinch Shakes Mix atau ESP : protein untuk meningkatkan metabolisme badan. Ia juga membina otot dan membuatkan kita kenyang lebih lama. Fakta lain ialah ia mampu membantu membakar kalori sehingga 35%
4) Cinch energy tea : untuk boost metabolisme dan juga memberi tenaga
Bila nak turunkan berat, terlebih dahulu
i)ukur dada, pinggang, punggung
ii)rekodkan ukuran
iv)ulang ukuran setiap 4 hari
*mesti bersikap positif sebab bila berat masih belum turun, tak semestinya program kita gagal.. mungkin otot akan terbentuk terlebih dahulu untuk shape-up ataupun kuantiti air bertambah. Berat air sementara + bila shape up, otot memang lebih berat daripada lemak.
GET THE SHAPE FIRST, THEN LOST THE WEIGHT!!
Digalakkan add on GLA untuk individu yang naik berat sbb hormon tidak stabil. Ini kita boleh nampak bila period tidak teratur, bahagian bawah punggung lebih besar dan tidak seimbang dengan bahagian atas tubuh.
No comments:
Post a Comment