Hasil
penyelidikan telah menunjukan bahawa DHA akan terkumpul disekitar otak dan mata
bayi sewaktu trimester terakhir kehamilan dan bulan-bulan awal selepas
dilahirkan. Pengumpulan DHA ini juga berkait rapat dengan fasa kemuncak dalam
pertumbuhan otak bayi. Tahukah anda bahawa berat otak bayi mencecah sehinggan
370g apabila dilahirkan (iaitu kira-kira satu perempat daripada berat otak
orang dewasa) dan akan seterusnya meningkat 3 kali ganda kepada 1080g menjelang
umur tiga tahun. Menakjubkan? Peringkat pertumbuhan otak yang pesat serta
pengumpulan DHA pada waktu berkaitan mendedahkan kepentingan kehadiran DHA
sebagai nutrient utama dalam pembentukan system saraf bayi
Apakah
DHA?
DHA ,
sejenis asid lemak poli-tak tepu rantaian panjang (LCPUFA), adalah asid lemak
paling kompleks dan terpanjang diantara kesemua asid lemak omega-3. Ianya boleh
didapati kebanyakkannya didalam system otak dan saraf.
Bagaimana
DHA diperoleh?
Si ibu
membekalkan DHA kepada bayi melalui tali pusat kerana bayi yang belum
dilahirkan tidak dapat menghasilkan DHA sendiri didalam rahim ibu. Selepas
dilahirkan, DHA boleh diperolehi daripada susu ibu atau makanan yang
mengandungi DHA atau dihasilkan sendiri oleh tubuh daripada asid-asid lemak
yang lebih ringkas (asid lemak perlu)
Sebelum
kelahiran
Sewaktu
hamil, si ibu perlu memenuhi keperluan tinggi bayi terhadap DHA terutama sekali
apabila bayi yang sedang dalam proses pembentukan itu bergantung sepenuhnya
terhadap makanan yang diambil oleh si ibu. Oleh itu, beliau perlu memastikan
bahawa pengambilan DHA bukan sahaja memenuhi keperluannya sendiri tetapi juga
keperluan bayi yang sedang membesar.
Selepas
kelahiran
Selepas
kelahiran, si ibu perlu mengekalkan tahap pengambilan DHAnya sepanjang tempoh
penyusuan. Adalah lebih baik untuk bayi yang sedang membesar untuk mendapatkan
bekalan DHA secara terus dari si ibu
disebabkan ianya tida dapat menghasilkan DHAnya sendiri.
Berapa
banyak diperlukan?
Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan kuantiti yang bersamaan dengan 0.35% DHA
sebagai tahap yang mencukupi untuk menampung perkembangan pesat si bayi.
Persatuan Penyelidikan Antarabangsa ISSFAL (International Society for Study of
Fatty Acids) mengesyorkan pengambilan
DHA sebanyak 300mg setiap hari untuk ibu-ibu yang sedang hamil dan menyusukan
bayi.
[Sumber: Guide to A Healthy Pregnancy and A Bright
Baby]
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Omega Guard ini dicadangkan pengambilannya semasa hamil trimester 2 & 3.
Untuk kanak2 dan para pelajar, DHA ini penting untuk perkembangan dan kecerdasan otak dan minda.. Sel-sel terhubung katakan :)
Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi saya
I'm Your SHAKLEE Independant Distributor
Nur Aisya @ Petherine Jimbau
ID No. 951353
♥ SMS/WhatsApp : 013-5457284
♥ Email : ethrine@gmail.com
Harga? Pasti yang paling istimewa untuk anda....
No comments:
Post a Comment