Bagaimana nak Order?

1. Buat pesanan sama ada melalui SMS/WA/Pm ke FB Petherine Jimbau.

2. Buat pembayaran melalui Maybank2u. Pesanan anda akan dipos oleh pihak Shaklee dengan kos pengeposan Flat Rate RM20.

3. Cash On Delivery secara PERCUMA (tanpa caj penghantaran) bagi sekitar Kingfisher, Inanam, Menggatal, Indah Permai dan UMS. Selain kawasan ini, caj penghantaran akan dikenakan mengikut kawasan.

Monday 13 May 2013

Air dan susu untuk Kanak-kanak

Seperti juga orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan air yg cukup untuk kesihatan dan keperluan badan setiap hari. Apa yang mereka minum boleh memberi kesan kepada jumlah kalori yang diambil selain jumlah kalsium yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat.

GALAKKAN mereka minum air dan susu sebagai rutin mereka, bukan sahaja sebagai air  tanpa kalori, tetapi dengan meminumnya badan mereka akan belajar menerima minuman tidak berperisa dan tidak mempunyai kandungan gula yang tinggi sebagai penghilang dahaga mereka.

Segelas susu mengandungi 300ml kalsium yg mana boleh menjadi penyumbang kepada keperluan harian anak anda.

Kalsium yang diperlukan oleh kanak-kanak setiap hari:

Kanak-kanak 1-3 tahun : 700ml kalsium setiap hari

Kanak-kanak 4-8 tahun : 1000ml kalsium setiap hari

Panduan diet pengambilan susu/soya bagi kanak-kanak

Kanak-kanak berumur 2 hingga 3 tahun perlu minum 2 gelas (480ml) susu sehari

Kanak-kanak berumur 4 hingga 8 tahun perlu minum 2 ½ gelas (600ml) susu sehari


Perlu diingatkan anak-anak tidak memerlukan minuman yang mengandungi paras gula yang tinggi di usia kecil mereka. Minuman bergas/berperisa, berjus (selain 100%jus) dan minuman isotonic adalah tidak sesuai untuk anak-anak kerana mengandungi gula dan boleh menambahkan kalori.

[Sumber: Majalah Pa&Ma, Keluaran November 2012]

No comments:

Post a Comment