Bagaimana nak Order?

1. Buat pesanan sama ada melalui SMS/WA/Pm ke FB Petherine Jimbau.

2. Buat pembayaran melalui Maybank2u. Pesanan anda akan dipos oleh pihak Shaklee dengan kos pengeposan Flat Rate RM20.

3. Cash On Delivery secara PERCUMA (tanpa caj penghantaran) bagi sekitar Kingfisher, Inanam, Menggatal, Indah Permai dan UMS. Selain kawasan ini, caj penghantaran akan dikenakan mengikut kawasan.

Tuesday 23 July 2013

Rawat migrain sebelum menjadi parah!

Anda selalu sakit kepala? Tak semua sakit kepala mempunyai kaitan dengan migrain...Tapi, ramai orang selalu berprasangka bahawa migrain sebagai sakit kepala biasa. So dorang rawat spt merawat sakit kepala biasa..

Tahukah anda, migrain boleh membawa kepada serangan sawan, strok dan serangan teruk yang menyebabkan lumpuh!


Migrain adalah kesakitan yang teramat sangat yg berupa denyutan disebelah kepala dan sering diikuti dengan perasaan mual, ingin muntah, tidak tahan kepada bunyi yg kuat dan cahaya yang terang. Ia terasa seperti ditusuk dengan jarum pada sebelah kepala dan merebak ke bahagian hidung dan sekitar mata. Selalunya ia berlanjutan dari beberapa jam ke beberapa hari.

Sakit kepala biasa pula berbeza kerana ia menyerang pd bahagian kiri dan kanan kepala. Ia selalu dikaitkan dengan penat, stress, tekanan emosi, badan kurang sihat dan sinus.

Cara elak migrain :HINDARKAN : -Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
-Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
-Elakkan bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
-Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
-Stress dan tekanan
-Jadual tidur yang tak tetap
-Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .

Makanan yg sesuai untuk pesakit migrain?
* telur : kerana kaya dengan Omega 3 yg dikatakan amat baik untuk merawat migrain
* kekacang : kerana mengandungi magnesium. Tahukah anda bahawa kekurangan magnesium dlm badan boleh menyebabkan migrain. Selain itu, magnesium juga dikatakan berkesan utk menenangkan fikiran yg berada dlm keadaan tegang ketika tengah diserang migrain.
* susu : riboflavin atau vitamin B2 berfungsi membentuk sel darah merah, antibodi dlm tubuh dan membantu menukarkan karbohidrat kepada tenaga kerana kekurangan tenaga dikatakan salah satu punca migrain!
* bayam : kaya dengan magnesium
* salmon : tinggi kandungan Omega 3

Cadangan suplemen untuk migrain? Tentu anda sudah dapat teka kan.. Ya, sudah pastikan suplemen asas untuk migrain ialah Ostematrix calsium dan Vitamin B compleks.

Ostematrix calcium (mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, kuprum, mangan dan boron)
* kalsium bukan sahaja penting dalam membina tulang dan gigi, malah ia juga membantu memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas, meringankan stress, memperbaiki masalah haid, pengalkalian tubuh dan juga memperbaiki hiperakiviti perut dan gastrik.
* magnesium pula penting metabolisme kalsium. Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu penyebab migrain. Terdapat kajian dibuat keatas magnesium dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
* vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Ketiadaan unsur vitamin D dalam suplemen kalsium akan menyebabkan penghasilan batu dalam ginjal atau pundi kencing. Maka, berhati-hati ketika memilih suplemen kalsium di luar!

Vitamin B compleks
* Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. Vitamin B compleks Shaklee yang lengkap ini bukan sahaja mengurangkan risiko migrain malah boleh mencegah anda  daripada penyakit-penyakit spt depresi, strok dan sebagainya
* Vitamin ini juga memastikan kesihatan fungsi saraf dan sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.

Actually, pengambilan Ostematrix calsium dan Vitamin B compleks adalah suplemen asas untuk pesakit migrain. Tapi, sekiranya inginkan hasil yang terbaik, dicadangkan pengambilan Omega Guard.

Omega Guard
* Omega guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen didunia yang mengandungi rangkaian spektrum 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
* Omega guard penting dalam mencegah penyakit saluran darah dan strok. Ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher dan sakit kepala.
* Disamping itu, omega guard juga bermanfaat untuk merawat penyakit sendi, gout, osteoathritis, rheumatoid athritis, asma, kanak-kanak autisme, mengurangkan level Homocysteine dikalangan pesakit kencing manis, menterbalikkan rintangan insulin, menghalang pembentukan batu karang dan sebagainya.

Jagalah kesihatan anda! Gunakan hanya yang semulajadi.. Badan sihat minda cergas...ANDA MASIH BELUM TERLAMBAT

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya:

Mummy Farisya dan Marissa
SID951353
ethrine@gmail.com
WA: 0135457284

Tuesday 16 July 2013

Masalah rambut gugur? Mari kita atasinya..

Rambut adalah mahkota wanita..
Rambut sihat, penampilan pun bergaya..
 
Ala-ala Jennifer Aniston, cantik rambutnya, pakai baju apa2 pun cantik kan :)
 
 

Saya tahu ramai yang susah hati tatkala saban hari semakin banyak rambut berguguran..terutamanya selepas mandi dan selepas bersikat. Sebenarnya, anda semua jangan susah hati ya..sekiranya folikel rambut adalah sihat dan aktif, rambut akan tumbuh semula seperti dalam kitar rambut yang normal. Fasa pertumbuhan dan fasa rehat rambut adalah antara kira-kira 3 hingga 5 tahun.

Nutrien?

Rambut memerlukan nutrien dalam aliran darah untuk pertumbuhan baru. Jika folikel rambut menjadi kurang aktif atau mati, ia tidak akan mempunyai kebolehan untuk menghasilkan sel rambut baru. Ini akan menghentikan pertumbuhan rambut baru.


Secara puratanya, orang Asia mempunyai kira-kira 100,000 helai rambut. Keguguran 50 hingga 100 helai rambut sehari dianggap normal. Jika anda mendapati rambut gugur semasa membasuh atau menyikat rambut, jangan bimbang. Apabila anda mendapati keguguran rambut anda adalah lebih daripada 100 helai sehari, kulit kepala anda berminyak, kulit kepala anda sangat gatal, terdapat emping-emping putih pada bahu dan anda kehilangan banyak rambut pada bahagian tertentu pada kulit kepala, anda perlu bertindak!


Adakah keguguran rambut anda normal? Tepuk dada, tanya selera ...


Punca-punca keguguran rambut

Lelaki

Hormon

Ini adalah disebabkan oleh hormon lelaki yang banyak semasa akil baligh iaitu DHT (dihydrotestosterone) yang mana ia mengecutkan dan membunuh folikel rambut.

Selain itu, sebaik sahaja kulit kepala anda dijangkiti Malassezia Furfur, iaitu sejenis virus bakteria yang tumbuh di dalam sebum, perembesan sebum akan terjejas dan batang rambut akan rosak. Ini akan menyebabkan rambut kehilangan nutrien dan lama-kelamaan menjadi nipis serta mudah bercabang. Keguguran rambut yang banyak juga akan berlaku. Kelemumur akan menjadi jelas dan kepala anda akan gatal, terutamanya pada bahagian ubun-ubun dan pelipis. Bahagian-bahagian itu akan mempunyai lebih banyak rembesan hormon lelaki dan akan mengalami keguguran yang jelas.


Wanita

Hormon

Ketidakseimbangan hormone boleh menyebabkan keguguran rambut. 90% wanita yang putus haid mengalami keguguran rambut,


Selepas bersalin

Kebanyakkan para ibu akan berhadapan dengan masalah keguguran rambut yang ketara selepas bersalin. Tahukah anda? Rambut yang gugur selepas bersalin adalah rambut yang kebiasaannya akan gugur sewaktu Sembilan bulan kehamilan tetapi tidak gugur dan kini akan gugur dari bulan ke-2 hingga ke-6 selepas bayi dilahirkan.

sesungguhnya ia pengalaman yang menakutkan...walaupun rambut baru tidak dihasilkan, folikel-folikel masih hidup. secara tidak langsung ia memberi harapan bahawa rambut masih boleh tumbuh..

Tapi jangan ambil remeh ya perkara ini, kerana sekiranya tidak dirawat dan dirangsang pertumbuhannya, ia boleh menjadi kehilangan rambut kekal. Keguguran rambut juga ketara pada wanita-wanita yang menyusukan bayi mereka.

Selain itu, punca-punca lain keguguran rambut dikalangan wanita ialah seperti kekurangan protein dan asid amino dalam diet pemakanan, kurang rehat dan stress, intestinal parasite dan juga kerosakkan akibat proses kimia yang digunakan dalam mewarna, teknik rebonding serta kerinting


Macam mana nak atasi keguguran rambut?

Jawapan nya mudah..

penjagaan rambut (penggunaan syampoo yang sesuai) dan juga bagi nutrient yang cukup kepada rambut kita.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, rambut memerlukan nutrient untuk tumbuh dengan lebih kuat malah rambut yang sihat akan kelihatan bersinar-sinar. (alaa seperti dalam iklan syampoo tu.. tapi model syampoo tu rambut dorang kena set terlebih dahulu sebab tulah cantik jeee)

Apa pulak nutrient untuk rambut ya?

1) Zink

Yang paling utama ialah ZINC. Menurut Bill Gottlieb, 2000 "zinc cut the activity of 5-alpha-reductase and helps stop DHT from getting to the hair follicle. The less DHT that reaches the follicles, the more hair you'll have"

Zink bukan sahaja menguatkan folikel rambut malah ia boleh mengawal kelemumur dan sekaligus menyuburkan rambut

2)B-complex

Ia mengandungi biotin yang diperlukan untuk merawat rambut gugur

3) Vitamin C

Fungsinya menghasilkan kolagen, struktur penting rambut.


Adakah syampoo yang anda gunakan sekarang sesuai?

Perkenalkan Prosante Hair Care, where science and nature -work together- to stop thinning hair.

Produk Prosante hanya menggunakan ramuan yang canggih berteknologi tinggi membantu struktur semulajadi rambut, keseimbangan minyak/kelembapan, ketebalan yang sihat, lantunan dan bersinar.

Apa yang penting adalah apa yang tiada dalam Prosante..

TIADA Natrium Lauryl Sulfat (SLS) atau Natrium Laureth Sulfat (SLES)
TIADA Cocamide DEA atau Lauramide DEA
TIADA minyak yang menyebabkan tersumbat
TIADA propilen glikol
TIADA Quaternium 15
TIADA bahan pengawet "penderma Formaldehyde" (Seperti Imidazolidinyl urea atau Diazolidinyl Urea)
TIADA warna atau bahan pewarna

Prosante selamat untuk semua jenis rambut, walaupun diwarna atau dirawat kimia.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya

Mummy Farisya & Marissa
SID951353


Saturday 13 July 2013

Oh tidak!! Perut buncit? Dari pusat ke bawah?

Sedarkah anda bahawa perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang terutamanya apabila berdepan dgn orang ramai. Kadang-kadang perubahan fizikal seperti masalah perut buncit ni membuatkan seseorang berasa malu dan kurang keyakinan diri terutamanya kepada kaum hawa. Tapi bukan itu yang nak saya tonjolkan disini. Yang paling penting ialah perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit.

Apa kata kita cuba atasi masalah ini.

Pertama sekali : cuba rasa lemak di perut anda? Lembik ke pejal? Kalau lembik boleh jadi bukan lemak tapi gemuk air. "water retention". Untuk itu anda perlu bantuan protein untuk hilangkan lembik2 itu dan juga sedikit senaman dibahagian perut.. Tahu juga kan apa senaman yang sesuai? 

Kemudian, cuba amalkan perkara berikut:

1) minum air masak yang banyak 

Apabila tubuh kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti
sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuntiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Minum air yang banyak juga akan menjamin fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2) makan perlahan-lahan

Makan dengan cepat akan mengakibatkan udara akan terkepung didalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3) kurangkan pengambilan garam dalam makanan

Pengambilan garam yang banyak akan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari badan.

4) makan makanan yang penuh serat seperti sayur-sayuran dan buah

5) kesan pengambilan ubat

Terdapat kajian bahawa, pengambilan ubat-ubat tertentu boleh menjadikan perut buncit. Sebagai contoh, aspirin. Ini kerana pengambilan aspirin yang kerap akan menyebabkan sembelit.

6) hindari sembelit

Sembelit akan mengakibatkan perut mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit

7) bersenam dan bersukan

Bersenam dan bersukan dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan. Ia bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh.


Amalkan makan dengan kerap tetapi sedikit sangat membantu menaikkan kadar metabolisme. Pastikan anda penuhi 5 waktu makan utama:

sarapan pagi : kalau boleh elakkan nasi lemak & roti canai
minum pagi (jam 10) :
makan tengah hari : banyakkan lauk dan sayur
minum petang (jam 4 - 5) : elakkan kuih bergoreng
makan malam : kurangkan karbohidrat. Dicadangkan minum sup.
*paling penting kawal pengambilan kalori makanan


Perlukan suplemen untuk mengatasi perut buncit dan sekaligus boleh mengurangkan berat badan?

1) Alfalfa atau herblax : untuk detoks. Detox perlu untuk membersihkan usus kita dari lemak, toksin dan lendir

2) Lecitin : pemecah/pencair lemak

3) Cinch Shakes Mix atau ESP : protein untuk meningkatkan metabolisme badan. Ia juga membina otot dan membuatkan kita kenyang lebih lama. Fakta lain ialah ia mampu membantu membakar kalori sehingga 35%

4) Cinch energy tea : untuk boost metabolisme dan juga memberi tenaga

Bila nak turunkan berat, terlebih dahulu

        i)ukur dada, pinggang, punggung
       ii)rekodkan ukuran
      iv)ulang ukuran setiap 4 hari

*mesti bersikap positif sebab bila berat masih belum turun, tak semestinya program kita gagal.. mungkin otot akan terbentuk terlebih dahulu untuk shape-up ataupun kuantiti air bertambah. Berat air sementara + bila shape up, otot memang lebih berat daripada lemak.

GET THE SHAPE FIRST, THEN LOST THE WEIGHT!!

Digalakkan add on GLA untuk individu yang naik berat sbb hormon tidak stabil. Ini kita boleh nampak bila period tidak teratur, bahagian bawah punggung lebih besar dan tidak seimbang dengan bahagian atas tubuh.

Cantiknya mata dia!



"dari kerana mata, yang memberi kuasa"
 
"dari mata turun kehati"

Semuanya pasal kuasa mata. Nak dapatkan tips untuk mata yang cantik?

1) minum air secukupnya. Ini utk mengelakkan hidrasi dan sekaligus melambatkan timbul kedutan pada mata

2) makan buah & sayur kerana ia mengandungi nutrisi berguna utk kecantikan mata. Kandungan vit. C pada buah & sayur terutamanya dapat membantu pembentukan kolagen yg menambahkan keanjalan kulit nipis pada mata

3) hindari perbuatan menggosok mata walaupun dgn tangan kerana ia boleh memberi kesan tidak baik pada seluruh bahagian mata

4) berhati-hati memilih produk penjagaan mata, aplikasi solekan dan juga hindari pinjam-meminjam alat kosmetik mata. Perbaharui kosmetik mata setiap 6 bulan sejak pertama kali dibuka

5) kurangkan pendedahan berbahaya terhadap mata spt wap panas, tempat berdebu, sinar uv dan benda lain yg berbahaya. Gunakan kaca mata hitam dgn kemampuan melindungin mata dari sinar uv

6) rehat dan tidur yang cukup serta elakkan berjaga malam terlalu kerap. Hindari tekanan berlebihan, tdk merokok dan mengambil ubat-ubatan berlebihan

7) pastikan membersihkan solekan pd bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tdk ditanggalkan dengan sempurna, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Perlu diingat bahawa kulit mata adalah bahagian yang amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga, ia boleh bertukar kehitaman atau dipenuhi bintik-bintik halus!

8) jangan guna pelembap muka untuk bahagian mata. Kandungan minyak pada pelembap muka agak tinggi dan ia boleh mengakibatkan "oil seed" disekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata terutamanya gel mata yang mengandungi ekstrak timun, witch hazel dan pro vitamin B5.

Mata anda penat? Mungkinkah terlampau lama mengadap komputer? Jangan abaikan kesihatan mata, ya.. kalau boleh awal2 pagi pergi keluar rumah dan lihat pemandangan yang hijau.. mesti segar mata.

ok, ni tips untuk mencerahkan mata yang penat..

1)menghilangkan bengkak pada mata - letakkan hirisan timun yang sejuk dibahagian mata selama 10 minit.

2)lingkaran hitam bawah mata - gunakan concealer dibahagian bawah mata selepas menggunakan foundation

3)melentikkan bulu mata - lentikkan bulu mata terlebih dahulu sebelum menggunakan maskara.

4)pemilihan eyeliner - Gunakan eyeliner warna putih pada garis mata bagian bawah sebelum menggunakan maskara. Jika Anda merasa eyeliner warna putih kelihatan terlampau terang, gunakan eyeliner warna silver atau krim

5)gunakan maskara - menggunakan maskara akan mencantikkan penampilan mata dengan memberikan warna dan volume lebih pada bulu mata. Maskara berwarna hitam akan memberikan tampilan yang lebih berani dan dramatis daripada warna coklat atau hitam-coklat.


Di SHAKLEE, kita ada vitamin khas untuk mata iaitu Carotomax. Carotomax ni mengandungi 6 varieti karotena. Ia merupakan unik alpha-carotene, astaxanthin, beta-carotene, lutein, lycopene, and zeaxanthin yang menghasilkan carotenoid yang lengkap.

Fungsinya yang paling utama adalah untuk menjaga kesihatan mata dan memperbaiki masalah penglihatan dan seterusnya menghalan degenerasi penglihatan.

Ia merupakan sumber vitamin A yang terbaik.

Mummy Farisya & Marissa
SID951353

Thursday 11 July 2013

Peluang Jana Pendapatan dengan Shaklee



 KENALI SHAKLEE



Selamat datang ke dunia Shaklee - di mana Falsafah, Produk dan Rancangan Perniagaan kami bersatu bagi mewujudkan Peluang Shaklee.

Pelan Jualan Shaklee merupakan satu program yang unik dari segi kewangan, ganjaran insentif, perkembangan jualan serta kepimpinan. Ia membantu rangkaian perniagaan dalam mewujudkan sebuah organisasi yang kukuh.
 
Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, Shaklee sekali lagi menawarkan cara-cara menambahkan kewangan dan gaya hidup yang memuaskan.

Pelan Jualan Menarik Shaklee

 
 
 
Dalam Shaklee, bonus masuk dalam pertengahan bulan...untuk hasil bulan lepas, hari ni dah dapat dah :)

Alhamdulillah. Ada yang dapat 2 angka, 3 angka, 4 angka dan 5 angka pun ADA!! Hebat!

Berminat nak jadi sebahagian daripada keluarga Shaklee? Meh PM saya..

Mummy Farisya & Marissa
SID 951353
                                                                                                  

Wednesday 10 July 2013

Jom buang toksin sekarang!!

Mungkinkah ada 8 kilo toksin dalam badan kita?


Adakah anda berbadan besar? Atau adakah anda bertubuh kurus?
Sebenarnya toksin ni tak kira sama ada berbadan besar atau kurus..

Toksin dalam tubuh manusia terjadi akibat pencemaran terutamanya pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa spt racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian. Ini semua kita tak dapat elak, melainkan kita tanam sendiri sayur dan menternak ayam, ikan dan sebagainya.

Tambah parah lagi, apabila manusia mengambil makanan yang mengandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. Ini semua punca toksin dalam badan.

DAN inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti tumor, kanser, migrain dan sebagainya. Fakta daripada pelbagai kes penyakit mendapati bahawa hampir 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin. dan mulut kita sentiasa memberi ruang untuk toksin masuk ke dalam badan kita!!!

Di dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan sedang berusaha utk menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.

Kesan kemudaratan toksin kepada tubuh

Jika badan terlalu berasid serta berlaku proses penapaian dalam usus, ia akan meningkatkan lagi kandungan toksin. Toksin tersebut akan diserap dan melekat dalam darah yang menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan atau penyakit. Antara penyakit yg diakibatkan oleh tindakbalas toksin dalam darah:

1)penyakit kulit - berlaku apabila toksin cuba keluar melalui kulit. Ia menyebabkan jerawat, furunkel dan lain2

2)tumor - berpunca daripada bahan buangan bertoksin yg berkumpul dipelbagai tisu badan

3)demam - proses semulajadi badan untuk membersihkan diri sendiri. Apabila sel darah putih menentang toksin dalam badan, kada metabolisme semakin cepat dan mengakibatkan tubuh menjadi demam.

4)penyakit jantung dan darah tinggi - toksin menjejaskan kelancaran perjalanan darah. Ia menyebabkan jantung bekerja lebih kuat untuk melancarkan perjalanan darah yang melalui saluran yang tersumbat. ia akan mengakibatkan pembesaran jantung, sementara tekanan ke atas saluran tersumbat akan mengakibatkan tekanan darah tinggi.

Pernah tak anda terfikir, bagaimana rupa dan keadaan dalam usus kita.. Lihat video ini




Apa itu detox dan kenapa ia penting?

Detox adalah proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selain untuk mengelakkan dari masalah kesihatan yang serius, detoks juga memastikan vitamin/suplemen diserap dengan lebih optimum dan sempurna.

Tanda-tanda toksin berlebihan adalah

1)Sering letih dan lesu
2)Lemah daya tumpuan dan daya ingatan
3)Sering alami sembelit atau cirit birit
4)Timbulnya jerawat dan bintik hitam
5)Berat badan naik (dan juga susah nak turun)
6)Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh
7)Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk
8)Cepat marah dan mudah murung
9)Sering sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi

Simptom2 ini menunjukkan tahap toksin badan yang sangat tinggi, dan untuk itu, anda digalakkan untuk melakukan proses detox.

Selain daripada itu, adalah disarankan bahawa sesiapa yang baru memulakan program pemakanan kesihatan bersama Shaklee ataupun mana2 suplemen yang lain, agar anda detox terlebih dahulu supaya badan dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kalau tidak, rugi saja ambik suplemen mahal2 tapi suplemen tersebut tidak dapat diserap sepenuhnya dek kerana toksin ini...

Tahukah anda, kita boleh menjalani detoks semulajadi dengan pengambilan produk Shaklee!!!
Ia dijamin keselamatannya tanpa syarat dan juga sentiasa mesra alam.

Antara suplemen Shaklee yang disyorkan untuk detoks ialah ALFALFA & HERBLAX

1)Alfalfa - Pencuci Keseluruhan Tubuh!!

Dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan dan merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi. Ia membantu detox hati, darah dan usus. I juga tumbuhan yang sangat beralkali dan membantu meneutralkan badan yang berasid.

Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksin. Ia merangsang aliran hempedu dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan mengawal bau badan. Sebenarnya ada banyak lagi manfaat alfalfa!! Sungguh hebat!!

2)Herblax (detox usus)

Herblax direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semulajadi badan. Ia secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekan masa transit dan mengelakkan penyerapan toksin.

Mari mulakan langkah awal untuk mencegah penyakit dengan menyingkirkan toksin secara semulajadi dan tidak semata-mata mengawal sebarang penyakit dengan ubat sahaja.

Jom bersihkan badan kita dari toksin!!

Mummy Farisya & Marissa
SID 951353
WA 0135457284

Sihat Bertenaga Menjelang Ramadan dengan Mighty 3 Gems

Ramadan yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba..

Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua.. Anak-anak dah belajar puasa? Kalau first time berpuasa memang susahlah, tapi ibu-ibu jangan susah hati. Bagi peluang anak-anak berlatih perlahan-lahan. Jangan dipaksa. Mungkin hari ni setengah hari dulu ke, kan..lambat laun mereka akan biasa juga. Tapi ni utk anak-anak yang berumur 6-7 tahun saja.. kalau dah besar tu, mesti full day ye :)
Anak saya, c kakak baru berumur 4 tahun lebih, kelmarin dia bagitau "Esok kakak nak puasa"..tapi bila keesokkan harinya, tak juga dia berpuasa. Awal2 pagi minta buat nenen :)

Ibu menyusu boleh berpuasa ke? Boleh, tak de masalah. Kenapa? Takut air susu tak cukup? Jangan risau..

Dengan SHAKLEE, masalah ni tak ada lagi.. Kekalkan pengambilan vitamin sebelun ni (ESP, Alfalfa, Vita-Lea, B-complex dan Vit C) cuma ubahsuai masa saja.. maksudnya ambil pada waktu sahur, berbuka dan pada waktu malam..

Paling penting: konsep DEMAND VS SUPPLY jangan lupa ya..


Untuk ibu-ibu, berikut adalah jadual pengambilan vitamin semasa berpuasa..

Waktu sahur: B-complex, ESP, Alfalfa, Chew Vit C
Waktu berbuka : Alfalfa, Vita-Lea, Chew Vit C
                            ESP (jarakkan masa 2 jam slps ambik Vita-Lea)


Untuk yang nak kekal langsing pun sama, ambik produk seperti biasa cuma ubahsuai masa dan untuk Lecitin dan Alfalfa, boleh kurangkan dose.

Waktu sahur: Cinch Shake Mix + cereal
Waktu berbuka: Lecitin (3 biji) dan Alfalfa (3 biji)




Untuk yang lain (termasuk ibu menyusu dan yang nak kekal langsing)

Nak kekal sihat dan bertenaga walaupun berpuasa?
Ada minuman terbaik khas untuk anda iaitu Mighty Triple Gems (Campuran ESP + Performace Drink + Meal Shake)

       ESP :ESP ni membekalkan tenaga dan memberi rasa kenyang.Sangat bagus untuk mereka yang
                ada masalah gastrik.

       Performance Drink :PD mampu menyokong tahap hidrasi dan menjaga kandungan air dalam
                                        tubuh kita. Disamping itu, ia melembabkan kulit 
                                        dan meningkatkan daya ketahanan badan

      Meal Shakes :Multivitamin dan multimineral supaya kita kekal sihat
     
      *Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus
        bertenaga dan cerdas

Mighty Triple Gems ini juga sesuai untuk mereka yang tidak sempat bersarapan, dan minuman untuk bersahur dan berbuka puasa. Kalau tak sempat sahur pun (kes terbangun tinggal 5 minit nak imsak/15 minit nak Subuh), mighty 3 gems ini insya-Allah memadai untuk anda menjalani kehidupan Ramadhan seperti biasa

Ketiga-tiga produk ni, memang paling hot pada masa kini, khasnya pada bulan Ramadan ini..

Berminat?

Hubungi saya, Mummy Farisya dan Marissa
                        WA 0135457284